Pencipta
karya indah
Aku mahu,
Aku mahu menjadi dia,
Berkarya bagaikan jiwanya,
Walau sang dejavu datang menerpa,
Kau tetap teruskan,
Kerna itu jiwamu,
Aku bangga menjadi anak didikmu,
Kata-katamu bernas isinya,
Membawa seribu kata ilmu buat diriku,
Mana mungkin karyamu bisaku lawan,
Kau jauh diatas,
Mencipta nama mengorak langkah,
Sedangkan aku masih disini,
Merangkak mengukir nama,
Ya.. sambil mendongak aku melihatmu,
Aku... aku disini, masih disini,
Masih menunggu sang pencipta menggangkat
nama,
Andai aku pergi dulu,
Ku ingin sekali,
Namaku segaris dengan namamu,
Wahai sang guru,
Pencipta karya indah.
wanita melayu
"sastera itu jiwaku"
2014