lagu rakyat

burunglah kenek-kenek
tebang tebu (rosli madun)
lemak manis (rolsli madun)
watimang landok
ayun buai kokek (lagu rakyat terengganu)
itik gembo-gembo (lagu rakyat terengganu)

lagu rakyat pada zaman dahulu kebiasaannya dijadikan sebagai medan hiburan kepada sesetengah masyarakat terutamanya kanak-kanak dan remaja wanita. kebiasaannya lagu rakyat dinyanyikan secara berkelompok agar lebih terhibur. kebiasaannya juga lagu2 rakyat dinyanyikan setelah masyarakat pada zaman ini penat bekerja atau malam majlis keramaian ang dilakukan. lagu rakyat yang dinyanyikan dalam majlis-majlis diraja kebiasaanya dijadikan hiburan untuk pengungjung yang hadir. bahkan lagu2 rakyat juga
paling acap kali kita dengar semasa ibu2 mndodoikan anak2 kecil.

       selain itu, lirik-liriknya pula kebiasaannya digunakan seperti pantun, syair ataupun mana-mana puisi yang di alunkan bersama irama muzik yang di rangka oleh masyarakat tradisional. lagu yang dialunkan kebiasaannya mempunyai maksud yang tersirat atau sindiran untuk masyarakat pada zaman dahulu.
jika diteliti bait-bait lirik yang di alunkan dalm lagu-lagu rakyat, kita akan dapat mengukur tahap intelektual yang ada pada masyarakat kita pada zaman dahulu, kebiasaannya sindiran atau nasihat yang diberi dalam lirik lagu2 ini tepat kepada masyarakat zaman kini atau dahulu. kesimpulan yang dapat dibuat dalam kajian ini ialah lagu rakyat bukan shaja dijadikan hiburan kepada masyarakat zaman dahulu tetapi juga dijadikan medan pendidikan kepada mereka rakyat tradisional.

No comments:

Post a Comment